Senin, 07 Juli 2008

Abidin Khusaeni

106025001042

Ilmu perpustakaan dan Informasi


BEBERAPA ISTILAH

Indeks

Indeks dari segi bahasa bolehlah didefinisikan sebagai :

1. "Sesuatu yang menunjuk atau menanda ..."

2. "Senarai nama-nama (perkara, rujukan dll) mengikut susunan berabjad..." (Kamus Dwibahasa)

Jelasnya, indeks merupakan satu senarai berabjad nama-nama, tempat-tempat, perkara-perkara yang termasuk di dalam sesuatu karya/dokumen yang diterbitkan. Senarai ini memberi rujukan/penunjuk bagi setiap item di mana ia boleh dijumpai.

Pengindeksan

Pengindeksan adalah suatu proses menganalisa maklumat daripada isi kandungan sesuatu bahan atau sumber maklumat dan menerangkannya dengan menggunakan bahasa atau istilah di dalam sistem pengindeksan. Sistem pengindeksan di sini bermaksud suatu prosedur untuk menyusun isi kandungan sesuatu bahan atau sumber maklumat untuk tujuan dapatan semula maklumat (information retrieval). Bahasa atau sistem pengindeksan ini terbahagi kepada dua iaitu :

1. Semua perkataan yang dibenarkan sama ada untuk menyatakan perihal dokumen atau istilah yang diambil daripada dokumen yang sedang diindeks (bahasa pengarang sendiri). Ia juga dikenali sebagai Bahasa Pengindeksan Asli (Natural-Language Indexing)

2. Senarai kosa kata / daftar kata atau istilah terkawal (control vocabulary) yang
dibenarkan penggunaannya di dalam sistem pengindeksan seperti tesaurus dan senarai
tajuk perkara (subject heading list). Ia juga dikenali sebagai Bahasa Pengindeksan
Terkawal (Controlled Indexing Languages)

Antara contoh indeks termasuklah katalog perpustakaan, kamus, tesaurus, direktori, buku dan panduan telefon.

Bahan pustaka/dokumen

Segala sesuatu yang menyimpan dan membawa informasi; paket informasi yang diadakan dan disimpan di perpustakaan. Bahan pustaka tidak hanya berupa teks atau bahan tercetak, seperti buku, jurnal, tetapi meliputi meliputi bahan non-cetak, seperti: gambar, peta, CD-ROM, VCD, berkas komputer dan sebagainya.

Katalogisasi (cataloging)

Kegiatan atau proses pembuatan wakil ringkas dari bahan pustaka atau dokumen (buku, majalah, CD-ROM, mikrofilm, dll.). Istilah ini kadang-kadang juga meliputi klasifikasi bahan pustaka dan secara umum penyiapan bahan pustaka untuk digunakan pemakai. Kadang-kadang disebut juga dengan istilah pengindeksan (indexing).

Katalog (catalog)

Presentasi ciri-ciri dari sebuah bahan pustaka atau dokumen (misalnya: judul, pengarang, deskripsi fisik, subyek, dll.) koleksi perpustakaan yang merupakan wakil ringkas bahan pustaka tersebut yang disusun secara sistematis.

Klasifikasi (classification)

Penyusunan sesuatu dalam susunan yang logis sesuai dengan tingkat kemiripan atau kesamaannya.

Tajuk (heading)

Urutan karakter (huruf, angka, dll.) pada permulaan katalog; karakter ini menentukan letak atau urutan katalog dalam berkas (misal laci). Tajuk biasanya berupa nama pengarang, istilah subyek, judul atau notasi atau nomor klasifikasi yang diambil dari sebuah bagan klasifikasi.

Entri (entry)

Cantuman bahan pustaka atau dokumen dalam sebuah katalog

Entri utama (main entry)

Cantuman katalog lengkap dari sebuah bahan pustaka, yang berisi deskripsi lengkap dan disertai dengan jejakan atau indikasi tajuk-tajuk untuk entri-entri lainnya.

Entri tambahan (added entry)

Entri katalog sekunder, cantumannya lebih ringkas dari entri utama (tidak disertai dengan jejakan).

Tidak ada komentar: